Cara Cara Mengatasi Kalangan BeliaTerlibat Dalam Lumba Haram

CABARAN DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL LUMBA HARAM (MEREMPIT) DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA

Cara Cara Mengatasi Kalangan BeliaTerlibat Dalam Lumba Haram


Ibu bapa perlu memberi perhatian yang secukupnya terhadap anak-anak mereka. 

Dalam mendidik anak, ibu bapa harus bijak dan berupaya untuk mengawasi tingkah laku anak mereka dengan berkesan terutama anak yang sudah mencapai umur remaja. Ibu bapa perlu mengenakan satu tahap disiplin dan dalam masa yang sama menyayangi anak mereka dengan sepenuh hati untuk memberi satu perasaan disayangi dalam diri anak mereka. Ibu bapa perlu meluangkan masa berbual bersama anak-anak mereka untuk mendengar luahan serta rintihan hati mereka. Oleh itu, Ibu bapa menjadi benteng pertama dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang melanda anak-anak mereka. Disamping itu, ibu bapa perlu memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa mendidik anak mereka dengan akhlak-akhlak yang baik. Contohnya, mereka diberi hukuman apabila mereka membuat kesalahan dan ibu bapa harus memberitahu kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Dengan adanya perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, anak-anak tidak akan terjebak dalam lumba haram.

Peranan kerajaan perlu menguatkuasakan undang undang

Peranan kerajaan amat penting dalam menangani lumba haram ini. Pihak polis membuat lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan berisiko tinggi berlakunya perlumbaan motosikal ini. Tindakan pihak polis yang lebih proaktif menyebabkan remaja berfikir dua kali sebelum terlibat dalam tindakan negatif ini kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu oleh pihak berkuasa awal-awal lagi. Pihak polis juga perlu membuat pengumuman awal tentang hasrat mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk memberi amaran awal kepada remaja supaya tidak melakukan tindakan dengan membuat perlumbaan motosikal di situ. Tindakan pantas dan bijak pihak kerajaan terutama pihak polis menyebabkan remaja tidak berani melakukan aktiviti tidak sihat ini.

Kempen kesedaran

Kempen kesedaran turut perlu dilaksanakan dalam menangani kemelut yang melanda kalangan remaja kita ini. Penjelasan mengenai impak buruk lumba haram diperincikan dalam kempen itu untuk memberi kesedaran yang jitu kepada remaja. Dalam masa yang sama kempen ini turut menjelaskan tindakan undang-undang yang boleh dihadapi oleh remaja yang didapati bersalah terbabit dalam kegiatan lumba haram. Jelaslah, kempen yang begitu mudah tetapi efektif berupaya menghalang gejala sosial ini daripada menular dalam jiwa remaja kita jika dilaksanakan dengan baik.

No comments:

Post a Comment