KESAN KESAN TERLIBAT DALAM LUMBA HARAM

CABARAN DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL LUMBA HARAM (MEREMPIT) DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA

Kesan Kesan Terlibat Dalam Lumba Haram




Kes kemalangan meningkat

Lumba haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya di kalangan pelumba haram motosikal.Terdapat juga kes langgar lari yang berpunca daripada lumba haram.Menurut kajian yang telah dibuat hampir 300 kemalangan motosikal berlaku setiap hari di negara ini bagi tempoh tiga tahun sejak 2019.Oleh itu, hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

Kes jenayah meningkat

Lumba haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat di kalangan remaja yang semakin serius kerana menggunakan duit yang dapat daripada lumba haram untuk aktiviti yang bukan berfaedah seperti membeli dadah.

Kes kecurian meningkat

Lumba haram juga adalah salah satu penyumbang utama kepada peningkatan kes kecurian kenderaan terutamanya motosikal dan kereta.Segelintir pelumba haram sanggup mencuri  kenderaan kerana ingin dijadikan kenderaan perlumbaan serta kerana mahu mendapat kenderaan baru setelah kalah kerana dalam sesetengah kes, pelumba haram yang kalah terpaksa menyerahkan kenderaan mereka kepada pemenang.

No comments:

Post a Comment