Pengenalan Lumba Haram

CABARAN DALAM MENANGANI GELAJA SOSIAL LUMBA HARAM (MEREMPIT) DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA

Pengenalan lumba haram











  Apabila kita membaca majalah, surat khabar atau berita, benda yang kita sering dengar adalah isu perlumbaan haram.Perlumbaan haram yang berlaku melibatkan kenderaan bermotor seperti kereta dan motor.Perlumbaan haram adalah perlumbaan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti perlumbaan kenderaan di atas jalan raya tanpa kebenaran pihak berkuasa dan menungang kenderaan tanpa mengikut undang-undang jalan raya.Lumba haram biasanya diadakan di kawasan lebuh raya pada waktu malam.Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Di Malaysia, menonton perlumbaan haram juga merupakan satu kesalahan kerana akan menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan haram diubahsuai sehingga mencapai kelajuan melebihi 160 km/j dan akibat daripada tiadanya etika pemanduan yang diamalkan, kemalangan jalan raya amat mudah berlaku, selalunya melibatkan kematian.

No comments:

Post a Comment