CABARAN DALAM MENANGANI GELAJA SOSIAL LUMBA HARAM (MEREMPIT) DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
Jenis-jenis lumba haram
Perlumbaan drag
Di dalam perlumbaan drag yang sah, pelumba akan berlumba pecut di kawasan lurusan di litar lumba, tetapi dalam lumba haram drag pula pelumba haram akan memilih satu kawasan jalan raya yang lurus dan kurang kenderaan dan seterusnya berlumba pecut di situ.
Perlumbaan litar/sprint
Pelumba haram akan menentukan laluan perlumbaan sebelum perlumbaan bermula dan seterusnya berlumba di laluan tersebut
Perlumbaan lebuh raya
Pelumba haram memilih kawasan lebuhraya untuk berlumba.Kawasan lebuh raya sering menjadi litar lumba haram kerana sesebuah lebuh raya direka untuk kelajuan yang tinggi,oleh itu, pelumba haram dengan mudah akan memecut sehingga jauh melebihi had laju lebuh raya itu sendiri.Perlumbaan lebuh raya amat popular di Jepun pada satu masa dahalu tetapi kini semakin berkurangan berikutan peningkatan pemantauan serta penguatkuasa undang-undang jalan raya yang lebih ketat.
Perlumbaan drift
Perlumbaan drift amat popular di Jepun sebagaimana yang digambarkan di dalam siri manga/anime Initial D serta filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift.Melalui teknik drift,pemandu seakan-akan terbabas seketika sebelum memperoleh kawalan semua.Teknik drift amat sukar untik dikuasai,tetapi pelumba drift profesional mampu memendekkan masa perjalaan menuruni bukti melalui teknik tersebut.
No comments:
Post a Comment